Kebelakangan ini, kerajaan Taiwan giat meluncurkan rancangan “Dasar Menuju ke Arah Selatan Baru” yangmenumpukan perhatian kepada potensi negara-negara Asia Tenggara, terutamanya dalam bidang pelancongan.Rancangan ini termasuk berusaha membuka pasaran Muslim dan produk-produk halal. Dengan demikian, demimemperkenalkan pelancongan mesra Muslim di Taiwan, Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipeimengadakan ekspo dan pameran mesra Muslim di Taipei selama dua hari.
     Berdasarkan statistik dari Lembaga Pelancongan, Kementerian Pengangkutan Taiwan, pada tempoh separuhpertama tahun 2019, warga Malaysia yang berkunjung ke Taiwan dihitungkan seramai 275,895 orang. Angka inimencatatkan bilangan pengunjung yang tertinggi kalau dibandingkan dengan negara-negara lain di AsiaTenggara. Dengan statistik seperti yang dinyatakan di atas, pihak Taiwan berpegang pendapat bahawapengunjung Malaysia adalah sumber yang amat penting kepada sektor pelancongan Taiwan.
     Taipei sebagai sebuah bandar raya metropolitan dan bandar antarabangsa, memiliki pelbagai keistimewaandan keindahan yang berpeluang diterokai oleh pengunjung asing. Oleh kerana itu, “Menemui Taipei” tetapmenjadi tema untuk mempromosikan Taipei kepada kawan-kawan dari Asia Tenggara. Demi mempertingkatkansektor pelancongan, pihak Taiwan juga telah memperlengkapkan fasiliti dan kemudahan yang mesra Muslim darisegi penginapan, pemakanan dan ruang awam sejak beberapa tahun sebelum ini supaya umat Muslim dapatmenikmati perjalanan mereka dengan lebih selesa dan mudah. Menurut statistik yang ditunjukkan, sebanyak 85buah restoran dan hotel memperoleh pensijilan halal yang dikeluarkan oleh Chinese Muslim Association (CMA).Di samping itu, Stesen Utama Taipei, Muzium Istana Negara, Taipei 101 dan beberapa destinasi pelanconganyang terkenal turut menyediakan kemudahan wuduk dan surau bagi pelawat Muslim.

76 Menurut petikan di atas, apakah usaha yang paling utama bagi rancangan “Dasar Menuju ke ArahSelatan Baru” yang dilaksanakan di Taiwan?
(A) Mempromosikan negara-negara Asia Tenggara kepada orang Taiwan.
(B) Meningkatkan tarikan pelancongan Taiwan terhadap negara-negara Asia Tenggara.
(C) Menjual makanan halal kepada negara-negara Asia Tenggara.
(D) Mempromosikan Asia Tenggara melalui iklan dan pameran.

參考答案

無參考答案

內容推薦

內容推薦